PROJEK ILMIAH

  • Home
  • GROUP 1
  • GROUP 2
  • GROUP 3
  • GROUP 4
  • GROUP 5
  • GROUP 6
  • GROUP 7


 

WORKSYOP TEKNOLOGI 2

(J2003)

 

 

        

        Worksyop teknologi 2(J2003) adalah sambungan daripada subjek worksyop teknologi 1 (J1003) di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada bidang-bidang industri(alatantangan,kimpalan gas, kimpalan arka, mencanai) secara lebih terperinci. Berikutan itu, pelajar -pelajar SKM2C sesi januari 2010 dikehendaki menghasilkan projek dalam kumpulan. Mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan di mana setiap kumpulan telah diberi tajuk dan lokasi yang berbeza .Lokasinya adalah seperti bengkel,syarikat kecil,bengkel mesin PKM dan sebagainya.Projek mereka mesti mengandungi prototype, temuramah dengan technician ,video, foto, report dan akhir sekali presentation.Sesi presentation mereka telah dihadiri oleh Ketua Jabatan Mekanikal, Pn Anidah bte Buang dan beberapa orang pensyarah lagi.

       Mereka telah diberi masa selama sebulan untuk menyiapkan projek ini.Mereka telah diberi tunjuk ajar oleh saya (Rajes a/p K.M.Rajan) dan skop report telah diberi sebagai panduan. Mereka telah menghadapi pelbagai rintangan untuk menyiapkan projek ini,namun mereka berjaya menghasilkan projek workyop  2 dengan berjaya. Penghasilan projek ini telah memberi satu pengalaman yang cukup baik untuk mereka memahami proses -proses kerja mekanikal dengan lebih lanjut dan ini juga merupakan satu peluang untuk mendedahkan mereka kepada dunia industri selain daripada Latihan Industri. Secara keseluruhan, projek ini telah membantu proses pengajaran dan pembelajaran subjek worksyop teknologi 2(J2003).

 

 

project(soalan).doc project(soalan).doc
Size : 35 Kb
Type : doc
Make a Free Website with Yola.